5 November 2010

Wasiat Nabi s.a.w Kepada Sayyidina Ali k.w.

Sahabat yang di rahmati Allah,
Rasulullah s.a.w sering memberi wasiat dan nasihat yang baik merupakan pengajaran dan tunjuk ajar kepada sahabat-sahabat baginda. Walaupun wasiat dan nasihat tersebut ditujukan kepada Sayyidina Ali k.w . sebagai sahabat dan menantu baginda , hakikat sebenarnya wasiat tersebut adalah untuk semua umatnya. Perhatikanlah dan ambillah mutiara berharga yang disampaikan oleh Nabi s.a.w untuk panduan hidup kita.



Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Sayyidina Ali r.a yang bermaksud :
Wahai Ali ! "Sebaik-baik manusia di sisi Allah s.w.t. adalah yang memberi kemanfaatan bagi manusia. Adapun seburuk-buruknya di sisi Allah adalah orang yang berumur panjang tetapi buruk amal perbuatannya."

Wahai Ali ! Sebaik-baiknya manusia adalah orang yang berumur panjang serta baik amal perbuatannya.

Wahai Ali ! Tanda-tanda orang Mukmin itu ada tiga :
1.Tidak suka kepada harta dunia.
2.Tidak suka kepada wanita (maksudnya tidak suka melakukan maksiat dan mengikut hawa nafsu syahwat)
3.Tidak suka mengumpat ‘aib orang lain.

Wahai Ali ! Tanda-tanda orang ‘alim itu ada tiga :
1.Jujur dalam berbicara.
2.Menjauhi yang haram
3.Tawaduk (rendah hati)

Wahai Ali ! Tanda-tanda orang yang ber- taqwa itu ada tiga :
1.Takut berdusta dan berbuat keji.
2.Menjauhi kejahatan.
3.Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali ! Tanda-tanda orang benar itu ada tiga : 
1.Merahsiakan ibadah. 
2.Merahsiakan sedekah. 
3.Merahsiakan dugaan yang menimpa dirinya.

Wahai Ali ! Tanda-tanda ahli ibadah itu ada tiga :
1.Selalu membatasi diri ( daripada melakukan perkara dosa dan  sia-sia)
2.Selalu menghisab (menghitung-hitung) dirinya.
3.Selalu memperbanyakkan ibadah

Wahai Ali ! Tanda-tanda orang soleh itu ada tiga :
1.Selalu memperbaiki hubungan dengan Allah s.w.t. melalui amal soleh.
2.Selalu memperbaiki agamanya dengan beramal soleh.
3.Selalu redha terhadap manusia dari apa yang diredhai dirinya.

Wahai Ali ! Tanda-tanda orang bahagia itu ada tiga : 
1.Makanannya halal. 
2.Duduk bersama para ulama’ 
3.Solat lima waktu bersama imam (berjemaah)

Wahai Ali ! Tanda-tanda orang dermawan itu ada tiga :
1.Memberi maaf ketika berkuasa (membalas).
2.Mengeluarkan zakat dengan benar.
3.Senang mengeluarkan sedekah.

Wahai Ali ! Tanda-tanda orang tasamuh (toleransi) itu tiga :
1.Menyambung silaturahim pada orang yang memutuskannya.
2.Memberi kepada orang yang menghalang-halanginya
3.Memaafkan orang yang menganiayanya.

Wahai Ali ! Tanda-tanda orang sabar itu ada tiga :
1.Sabar dalam mengerjakan ketaatan kepada Allah s.w.t
2.Sabar atas dugaan (musibah) yang dideritainya.
3.Sabar atas qadha’ (ketetapan) Allah s.w.t.

Wahai Ali ! Tanda-tanda orang taubat itu tiga :
1.Menjauhi segala yang haram.
2.Senang menuntut ilmu untuk ibadahnya kepada Allah.
3.Tidak kembali berbuat dosa, sebagaimana tidak kembalinya susu yang sudah diperas kedalamnya. 

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita beramal dan memperbaiki diri kita dengan akhlak Islam dan mematuhi semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Semoga dengan ini kita akan selamat hidup di dunia dan hari akhirat dan mendapat keridhaan Allah s.w.t.


(fb/dunia-teori-konspirasi)

0 komentar:

Posting Komentar

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites